Tuesday, July 1, 2014

KOSPEN - FGV



23hb May 2014 (Jumaat),aku dijemput oleh pihak FGV (Felda Global Venture) untuk menghadiri Perlancaran Program KOSPEN di Kompleks Felda Raja Alias,Jempol,Bahau,Negeri Sembilan.Aku kesana bersama jiran rapat aku,Encik Ismail Senang atas undangan Tuan Haji Daud Amatzin (FGV ).Program sehari itu merupakan program kesedaran kesihatan melibatkan warga serta kakitangan Felda.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti senamrobik,pemeriksaan kesihatan,pameran kesihatan,ceramah dan sebagainya.Program ini dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahya dengan diiringi oleh YB Datuk Hj Isa Samad,Pengerusi Felda.
Aku sempat bergambar dengan staff DOSH Negeri Sembilan yang bukak booth kat situ..
Tn Hj Daud (bertopi)..cukup sporting dan supportive person.

Tulang Belakang Program Kospen...Cukup meriah.

Tahniah buat FGV diatas perlancaran program Kospen ini.

No comments:

Post a Comment