Wednesday, May 14, 2014

Econsave Batu Berendam,Melaka

14.5.2014,Econsave Batu Berendam aku mengendalikan Safety Awareness Training disini.Rentetan dari kejayaan Training yang aku kendalikan di Econsave Kuala Pilah pada tahun lepas 2013.Aku cukup teruja untuk mengendalikan training ini kerana staff Econsave memang sporting.
Seramai 32 orang kakitangan yang terdiri dari outlet Econsave Batu Berendam,Jasin,Bukit Gambir,Muar,Yong Peng hadir dalam latihan sehari yang aku kendalikan.

Peserta begitu enjoy dengan maklumat yang aku sampaikan.

Sebenarnya semua staff Econsave memang kaki gelak.

Riuh rendah bilik office yang bertukar menjadi bilik latihan pada hari tersebut.

Roy mengharapkan peserta berpuashati dengan Latihan yang disampaikan.

Diharapkan semua peserta enjoy dengan latihan yang Roy sampaikan,
 Terimakasih buat semua peserta Econsave Cash & Carry yang sentiasa menerapkan "Budaya Kerja Selamat" ditempat kerja .Moga ianya menjadi amalan sepanjang masa,Terimakasih buat Ms Sze dan Pn Rafidah yang sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama untuk menjayakan Safety Awareness Training ini.Sokongan dan kerjasama anda amat Roy hargai...Safety First !!

Everpress Aluminium ,Mantin

24hb April 2014,aku conduct training di Everpress Aluminium ,Mantin...kali pertama aku mengendalikan disini.Terimakasih buat Yusnur yang sudi menjemput Roy sebagai Trainer ditempat mereka.

Penerangan berkaitan Perundangan - OSHA & FMA

Peserta dapat memahami konsep pencegahan kemalangan

Penerangan perlu jelas agar dapat disampaikan kepada kakitangan yang lain

Group Photo sebagai kenangan

Universiti Pertahanan Nasional(UPNM)-Sungai Besi,KL

22hb April 2014,aku dilantik sebagai penceramah untuk student tahun akhir Fakulti Kejuruteraan UPNM.Terimakasih banyak-banyak buat Tuan Lt Kol Ir Prof Madya Khalid yang memberi kepercayaan kali kedua buat aku conduct ceramah ini...Aku hanya menyampaikan dan mahu pastikan peserta semua memahami aspek berkaitan OSHA,Unsafe Condition & Unsafe Act,HIRARC dan sebagainya.


Ni semua bakal-bakal pegawai tentera ...

Diorang ni suka yang kelakar-kelakar walaupun mempunyai asas kententeraan..

Aku cuma mahukan semua peserta enjoy dengan training yang aku sampaikan..

Aktiviti wajib selepas abis training..Group Photo