Tuesday, October 17, 2017

Accident Prevention- Sykt Pengangkutan 1 hati - 1.4.2017

Kali pertama juga dipanggil...memang sambutan menggalakkan walaupun training dijalankan di waktu malam.

Public Training- OSH Contract Management - Penang 29 & 30.3.2017

Buat kali pertama aku dijemput oleh pihak Zname untuk mengendalikan OSH Contract Management di Hotel The Light,Pulau Pinang..memang seronok..hilang rasa letih drive dari Seremban ke Penang..






Dyanmic Building System,Nilai-First Aider Training-26.3.2017

Latihan First Aider & CPR dijalankan untuk semua staff..



Safety Awareness Training-Dynamic Power,Nilai - 25.3.2017

Buat kali pertama aku dijemput hadir mengendalikan training disini..Seronok sebab sambutan peserta cukup menggalakkan..


Safety Awareness Training-Beyond Power ,Batu Kikir - 11.3.2017

Kali pertama aku dijemput mengendalikan training di syarikat pengeluar kayu di Batu Kikir,Kuala Pilah,Negeri Sembilan..Kilang kecil tapi banyak duit bayar kat aku.man tidaknya,hanya 4 orang peserta yang hadir,tapi tetap bayar penuh..itu yang seronok.hehhehe




Safe Chemical Handling - Panasonic Refrigerator Cheng ,Melaka - 22.2.2017

Sekali lagi aku di jemput mengendalikan Safe Chemical Handling di syarikat gergasi Jepun,Panasonic yang beroperasi di Cheng,Melaka.Aku rasa seronok kerana sebelum ini syarikat yang sama yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tangga Batu,Melaka pernah menjemput aku ..Kalu seronok mesti dia panggil lagi..masyukkk.
Tekun nampak...

Peserta perlu enjoy

Panasonic staff cukup sporting

Accident Prevention Szma Cleaning Services -12.2.2017

Buat kali pertama aku mengendalikan Latihan Pencegahan Kemalangan di syarikat ini yang beroperasi di Lukut,Port Dickson.

Aku rasa teruja dengan company ni..Syarikat kecik jer dengan pekerja yang majoriti golongan bawahan..tetapi,soal SAFETY TETAP DIUTAMAKAN !!..tahniah Szma Cleaning Services.

Safety Awareness Training - Kibing Group (M) Sdn Bhd - 23.1.2017

Diteruskan lagi Latihan Kesedaran terhadap keselamatan di tempat kerja bagi pekerja yang baru bertugas di syarikat ini.Diberi latihan asas bagaimana bekerja dengan selamat.

Safety Awareness Training-Prosper Palm Oil - 7.1.2017

Pembukaan tahun baru 2017 , aku dijemput mengendalikan latihan kesedaran terhadap keselamatan di Ladang Prosper Palm Oil yang beroperasi di Ladang Perhentian Tinggi,Pedas,Rembau Negeri Sembilan.

Safety Awareness Training - MCIS Senawang - 5.12.2016

Latihan ini boleh dikira program penutup bagi tahun 2016.Syarikat MCIS yang merupakan pengeluar cermin kaca kenderaan sebenarnya telah beberapa kali menjemput aku mengendalikan pelbagai OSH Training disini.

Road Safety Talk - CTRM Batu Berendam Melaka (1 & 2 .12.2016)

Buat kali pertama di panggil untuk mengendalikan Road Safety Talk untuk syarikat CTRM yang berpengkalan di Batu Berendam,Melaka.Seramai lebih 500 orang warga kerja syarikat pembuat komponen pesawat ringan ini  menghadiri ceramah yang aku kendalikan bersama sahabat karib aku iaitu SM Harun ,bekas anggota Trafik IPK Negeri Sembilan.

Wednesday, June 28, 2017

Safety Awareness Training - Sunrich Integrated Senawang-26.11.2016

kali ini mengendalikan training di syarikat Sunrich Integrated Senawang..

Clean Air Regulation - Heveaboard,Gemas : 16th November 2016

Sekali lagi aku dijemput mengendalikan topik Clean Air Regulations..

OSH Standard Operation Procedure - MARA Daerah Bentong Pahang - 26 & 27hb Oktober 2016

Buat kali pertama aku dijemput mengendalikan training ini untuk para kontraktor yang bernaung di bawah MARA Daerah Bentong,Pahang..berlangsung selama 2 hari..

OSH Internal Audit Training - Iwatsu (M) Sdn Bhd - 14 & 28hb September 2016

Kali ini aku mengendalikan Training berkaitan Internal Audit (Audit Dalaman) berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.Terimakasih buat pengurusan Iwatsu yang sentiasa memberi kepercayaan kepada aku..

Monday, June 19, 2017

PPE Management - Panasonic Appliance Foundry Melaka 2.9.2016

2.9.2016,aku sekali lagi dipanggil untuk mengendalikan PPE Management Training di Kilang Panasonic Appliance Foundry Malaysia,Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tangga Batu,Melaka...Syukur alhamdulilah,ramai peserta yang berminat untuk sessi sebelum ini agaknya,hingga aku dijemput lagi memberikan training yang sama untuk kumpulan yang lain
Terimakasih buat semua yang hadir

Sunday, January 8, 2017

PPE Management Training Panasonic Appliances Foundry Malaysia Sdn Bhd-28.7.2016

PPE Management Training telah dijalankan di Panasonic Appliance Foundry Malaysia,Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tangga Batu,Melaka..Kali pertama aku di jemput mengendalikan training disini di negeri tanah tumpah darahku,Negeri Melaka Ku Sayang.. .Terimakasih atas kesudian menjemput aku sebagai penceramah untuk kali pertama disini.Latihan berlangsung selama sehari pada 28hb Julai 2016.
Macam biasa,aku akan menjalankan Latihan dengan penuh semangat dan ingin memastikan peserta sentiasa memberi tumpuan terhadap latihan yang aku berikan..Alhamdulilah,sambutan cukup mengalakkan dari peserta dan semua berpuashati.Syarikat ini merupakan syarikat pelabur dari Jepun..

Syarikat ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Melaka ini...dan pekerja disini cukup berdisiplin dan sentiasa mengamalkan budaya kerja terbaik demi kejayaan syarikat yang terus bertahan hingga ke hari ini.
Jenama yang cukup popular dikalangan Rakyat Malaysia
Aku rasa cukup berbangga dapat mengendalikan Latihan berkaitan PPE di syarikat multinasional ini..Bukan senang beb penceramah macam aku ni dipanggil kesini...Syukur Alhamdulilah