Seawal jam 9.00 pagi aku dah bersiap-siap ditemani En Ismail jiran rapat aku berangkat ke KLIA2 ..naik teksi ajer dari rumah..senang sikit.Flight aku dijadualkan pukul 1.00 tengahari dari KLIA2 ke Sandakan Sabah..
Mercu tanda Bandaraya Sandakan...Buaya Darat ?? |
Aku meneruskan perjalanan dari Bandar Sandakan menaiki kenderaan pacuan 4 roda melalui Sepilok (Pemeliharaan Orang Utan terbesar di dunia),Check Point,Kinabatangan dan selamat sampai di Ladang PUP lebihkurang pukul 9.00 malam.Hampir 200 kilometer jarak perjalanan melalui laluan tersebut yang boleh menghubungkan Sandakan - Lahat Datu - Tawau - Kota Kinabalu...Laluan cukup mencabar dan pemandangan kiri kanan adalah penuh dengan hutan serta perkampungan penduduk.
Kemudahan tempat tinggal disini cukup lengkap.. |
Banglow - tempat penginapan selama 3 hari aku disana..Cukup selesa dan serba lengkap |
3hb Jun 2014 (Selasa - Hari Kedua),aku menghadiri Majlis Perasmian Perlaksanaan QSHE (Quality Safety Health Environment) syarikat PUP.Program ini dihadiri oleh Tn Hj Daud Amatzin sendiri serta pihak Pengurusan tertinggi PUP,Pengurus Ladang terlibat serta kakitangan Ladang serta FGV yang berkaitan.
Sebahagian tetamu yang hadir |
Terimakasih atas layanan istimewa yang diberikan oleh En Awang , Encik Tahang serta semua kakitangan PUP / FGV selama saya berada disana.Saya cukup teruja untuk datang lagi kesini kerana sambutan yang cukup hebat.
No comments:
Post a Comment