Saturday, January 25, 2014

Permulaan Tahun 2014 - Kilang NHK Manufacturing (M) Sdn Bhd

Syukur Alhamdulilah kerana 25hb Januari 2014 (Sabtu) aku terus mendapat tawaran menjalankan safety awareness training di Kilang NHK Manufacturing yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tasik Jaya,Seremban.Untuk kali pertama,aku dipilih oleh syarikat tersebut mengendalikan latihan ini.
Peserta tekun mendengar dan mengikuti latihan hari ini

Ramai dikalangan ahli Jawatankuasa Keselamatan syarikat NHK join latihan kali ini

En Hakimi..Pemenang Hadiah Utama-Samsung Galaxy S4 untuk kali ini

Group Photo - aktiviti wajib setiapkali aku habis training


 

Friday, January 3, 2014

Training Terakhir 2013 - MCIS Senawang

28hb Disember 2013-Sabtu adalah merupakan program latihan terakhir yang aku kendalikan bagi tahun 2013.Syarikat MCIS Safety Glass yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Senawang,Seremban telah melantik aku buat kali pertama mengendalikan Safety Awareness Training.Syukur ke hadrat Allah kerana sebagai orang baru dalam bidang OSH,aku telah berjaya mengendalikan pelbagai Safety Training sepanjang tahun 2013 ini.Terimakasih banyak-banyak buat semua para penyokong dan pencetus semangat untuk aku terus mengendalikan Training ini.Terimakasih tidak terhingga buat sifu aku - Khairuddin Khairan yang telah membawa aku ke bidang OSH Training & Consultancy.Terimakasih buat En Suhaimi,Terimakasih buat En Wan Harman..Terimkaasih buat semua organisasi yang memberikan peluang buat aku mengendalikan training di tempat mereka.

Moga 2014 akan terus success...Amin


Peserta Training MCIS tekun menyertai Training kali ini

Tekun peserta mendengar Training Safety Awareness terakhir dari aku..