Wednesday, April 2, 2014

TH Plantations Berhad,Kilang Sawit Bukit Lawiang,Kluang

1 hb April 2014,Selasa aku dijadualkan untuk mengendalikan Safety Awareness Training di TH Plantations Berhad (THP),Kilang Sawit Bukit Lawiang,Kluang,Johor Darul Takzim.Latihan kali ini adalah rentetan dari Training yang aku kendalikan di TH Plantations Berhad,Gemas pada tahun 2013 lalu.Pada training yang lalu,beberapa kakitangan dari THP Bukit Lawiang Kluang ini pernah menghadiri training yang aku jalankan di THP Gemas.Mereka mencadangkan agar aku dapat memenuhi permintaan mereka untuk aku kendalikan di THP Bukit Lawiang,Kluang ini.Aku ingin merakamkan berbanyak-banyak terimakasih buat semua kakitangan THP Bukit Lawiang yang sentiasa menyokong dan berminat dengan cara aku mengendalikan latihan tersebut..Terimakasih banyak-banyak buat semua..Syukur Alhamdulilah..

Aku datang ke Bandar Kluang ini pada 31hb Mac 2014(Isnin) dan menginap di Rail Hotel,Bandar Kluang.Ini bagi memudahkan aku untuk memulakan latihan pada hari esok.Aku check in pukul 11.00 malam dan merasakan bahawa Rail Hotel ini antara hotel yang terbaik dengan keadaan bilik bersih,selesa dengan harga yang berpatutan.Paling best,Rail Hotel Kluang menyediakan sarapan pagi percuma untuk 2 orang ..Terbaekk..

Terimakasih buat Tn Hj Rafiee dan En Faizal yang seawal jam 7.30 pagi telah menunggu aku di depan Rail Hotel Kluang untuk membawa aku ke Kilang Sawit Bukit Lawiang selepas kami semua menikmati sarapan di hotel tersebut,Jarak perjalanan dari Bandar Kluang ke Kilang Sawit Bukit Lawiang lebihkurang 20 kilometer.
Tekun mendengar penerangan dari aku

Aku harap semua memahami maklumat yang disampaikan

Perkongsian ilmu

Penghulu - Encik Raop menerima hadiah utama Pengorek Telinga Terbanyak

Aidi Rizam - Peserta terbaik kerana memakai safety helmet sepanjang latihan dijalankan

En Kamal-menang hadiah ketiga..beliau aktif dan cuba menjawab segala soalan

Group Photo sebagai kenangan selepas tamat latihan yang dijalankan