Saturday, December 21, 2013

KIlang DOE Senawang

27hb Disember 2013-Jumaat aku mengendalikan program latihan di Syarikat DOE yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Senawang,Seremban .Kali pertama aku bagi mengendalikan Safety Awareness Training di syarikat tersebut yang majoriti pekerja disini adalah 'Otai'.Majoriti pekerja disini bekerja lebih 20 tahun..memang setia betul pekerja DOE untuk terus berkhidmat di sini.
Seronok bersama 'Otai' Kilang DOE..semuanya kepala best..

Walaupun diorang ni lama bekerja disini,tapi Safety tetap dijaga..Syabas

Hadiah untuk Penghulu sepanjang program Training ni..

Juara Anugerah Penggorek Telinga terbanyak kali ini..
 

Macam biasa..group photo di depan pejabat pentadbiran DOE
 

YMP Taman Tuanku Jaafar

Hari ini-21hb Disember 2013 (Sabtu) aku dipanggil untuk mengendalikan Safety Awareness Training di syarikat Jepun iaitu YMP (Malaysia) Sdn.Bhd yang beroperasi di Tuanku Jaafar Industrial Estet,Seremban.Kali pertama aku kendalikan training di syarikat ini dan seramai 11 orang peserta dari kalangan pekerja syarikat tersebut menghadiri training sehari ini.
Suasana semasa Training di jalankan...

Semua ketawa terbahak-bahak bila ada kisah lucu yang disampaikan oleh Roy
En Arif dapat hadiah sebagai Penghulu


Hadiah untuk Pengguli..En Shahril tumpang sekaki untuk mengambil gambar..hihi

En Arif Juara Anugerah Penggorek Telinga Terbanyak dan dapat hadiah HP Samsung Galaxy S4.. 

Hadiah tempat kedua penggorek telinga terbanyak dapat hadiah Galaxy Note 2

Tempat ketiga dapat HP Samsung Galaxy Y

Gambar kenangan selepas tamat training pada hari ini.
Terimakasih buat semua peserta yang hadir..Terimakasih buat En Shahril dan En Arif yang melantik saya untuk menjadi Trainer pada latihan kali ini.Maaf sekiranya ada terkasar bahasa,tersilap bicara semasa saya mengendalikan training kali ini.Terimakasih daun keladi,kalau rasa puashati,jemputan Roy kendalikan training sebegini,sekurang-kurangnya ada hadiah menanti lagi....

Tuesday, December 17, 2013

Econsave Kuala Pilah

17hb Disember 2013 (Selasa),aku dijemput untuk kali pertama mengendalikan latihan kesedaran keselamatan di industri pasaraya.Pasaraya Econsave cawangan Kuala Pilah mencatit sejarah buat kali pertama aku mengendalikan Safety Awareness Training di pasaraya.Maklum sajalah,selama ini di bidang Industri,Perladangan,Universiti dan sebagainya.Tahniah buat pihak pengurusan Econsave Kuala Pilah yang mengambil inisiatif menjemput 'Roy' mengendalikan safety awareness training ini.
Gambar atas tangga di Pasaraya Econsave Kuala Pilah antara lokasi menarik untuk bergambar kenangan

Pemenang Hadiah Utama - Pengorek Telinga Terbanyak,,,hihiii

Peserta begitu tekun mengikuti training hari ini


Peserta semuanya enjoy...

 Tahniah buat semua yang hadir dan Roy mengucapkan syabas buat semua peserta yang datang dari outlet Econsave Forest Height Seremban,Bahau,Malim dan Sungai Udang Melaka.Terimakasih banyak-banyak buat En Fuad,Manager Econsave Kuala Pilah yang memberi peluang buat Roy untuk mengendalikan Safety Awareness Training Econsave Kuala Pilah.Terimakasih banyak-banyak sebab belanja saya makan tengahari di Melang Kopitiam...sedappp 


Saturday, December 14, 2013

Kilang Sawit Pasoh,Simpang Pertang,N.Sembilan

Aku rasa Safety Awareness Training yang aku kendalikan hari ini (14.1.2.2013/Sabtu) adalah kali ketiga berturut-turut di Kilang Kelapa Sawit.Maksudnya,tiga kali berturut-turut aku kendalikan Safety Awareness Training di industri Perladangan / Kelapa Sawit.Hari ini aku mengendalikan Safety Awareness Training di Kilang Sawit Pasoh,Simpang Pertang..Negeri Sembilan.Jaraknya kilang ni dari Seremban lebihkurang 65 kilometer..Terasa jauh jugak walaupun jalan terdekat adalah melalui Pekan Kuala Klawang..Kalau ikut jalan Kuala Pilah cecah 80 kilometer...Apapun,jarak tidak menjadi masalah sebab yang penting aku dapat kendalikan training tersebut bermula jam 9.30 pagi.
Rata-rata peserta hari ini gelak habis dengan cara aku menyampaikan ceramah hari ini.Meraka enjoy dan banyak ilmu dapat disampaikan kepada peserta tersebut.


Sibuk study sebaik saja dapat handout

Adjust projector kasi clear sket slide...

Macam biasa..group photo selepas selesai training hari ini..14.12.2013