Sunday, March 30, 2014

MCIS Safety Glass - Senawang


22.3.2014 - Aku mengajar di MCIS Safety Glass Senawang...Kali kedua aku mengajar disini..Kali pertama pada 28hb Disember 2013 tahun lalu.Oleh kerana ramai yang berpuashati,itu sebab dia jemput aku mengendalikan training tersebut.

Sessi penerangan berkaitan HIRARC disampaikan kepada semua peserta
Apa yang menarik , sessi latihan kali ini cukup mendapat sokongan serta kerjasama dari semua peserta.Ramai dikalangan peserta yang hadir mempunyai pengetahuan asas berkaitan keselamatan.
Pemenang Hadiah Utama - Penggorek Telinga terbanyak...

Penghulu @ Mr Pang juga menang hadiah kedua..

Seperti biasa..Group Photo di lobi MCIS Senawang..

Thursday, March 13, 2014

Nippon Wiper Blade - NWB

Sabtu,15hb Mac 2014 - aku dijemput untuk mengendalikan Safety Awareness Training di salah sebuah syarikat Jepun,Nippon Wiper Blade (NWB) yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar,Senawang,Negeri Sembilan.Sepanjang 2 minggu ini aku agak sibuk kerana mendapat tawaran mengendalikan training..Syukuir Alhamdulilah...
Sedang mengendalikan Training dan memastikan peserta memahami konsep OSH





Group Photo - Aktiviti Wajib selepas training sebagai kenangan
 

Wednesday, March 12, 2014

Dalia Industries Nilai

Sehari selepas aku mengendalikan Safety Awareness Training di Hotel Seri Malaysia Port Dickson,aku menerima jemputan dari syarikat Dalia Industries yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Nilai,Negeri Sembilan.Buat julung kalinya aku mengendalikan latihan disini.Seramai 17 orang kakitangan yang hadir dan mereka begitu enjoy dan terhibur sepanjang latihan berlangsung...Semasa latihan ini dijalankan,kami telah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat MAS - MH 370..



 

Hotel Seri Malaysia Port Dickson

7hb Mac 2014 (Jumaat)  mengikut jadual aku dijemput untuk mengendalikan Safety Awareness Training di Hotel Seri Malaysia Port Dickson.Training ini juga merupakan kali pertama aku mengendalikan Safety Awareness Training di industri perhotelan.Seramai 10 orang peserta yang terdiri dari Ketua Jabatan dari pelbagai unit pentadbiran Hotel Seri Malaysia Port Dickson menghadiri training yang aku kendalikan.

Display Board Hotel Seri Malaysia Port Dickson berkaitan Safety Training - Terbaik !

Penerangan kena jelas ! baru peserta boleh memahami

Penerangan disampaikan melalui gambar dan video dapat menjelaskan lagi maklumat yang diberi

Peserta tekun mendengar penerangan sekiranya penerangan diberikan dengan konsep yang mudah
Peserta yang merangkul Hadiah Utama berupa 'HP Samsung Galaxy Note"-Tahniah buat Pn Sarina

Hadiah kedua merupakan HP Galaxy "S4" dimemangi oleh Chef Azhar

Yana memenangi HP Galaxy Young Samsung sebagai hadiah ke 3. 

Hadiah untuk Penghulu Encik Zack yang membantu dalam training tersebut

Group Photo selepas selesai training di hadapan pintu utama Hotel Seri Malaysia