Friday, November 8, 2013

Tabung Haji Properties , Gemas

Aku mendapat tawaran untuk mengendalikan Safety Awareness Training di Tabung Haji Plantations(THP) Gemas di kilang sawit Ladang Pasir Besar.Syarikat dibawah Tabung Haji ini telah aku kendalikan Latihan berkaitan Kesedaran Keselamatan Ditempat Kerja pada 8hb November 2013 (Jumaat).Terimakasih buat En Mohd Noorkhairi Mahmud (Pengurus ) di kilang sawit tersebut yang menjemput aku mengendalikan latihan untuk 15 orang pekerja mereka.Terdapat juga 7 orang staff dari cawangan Kilang Sawit Bukit Lawiang,Kluang yang turut menyertai latihan ini.
Group Photo di depan Kilang Sawit Ladang Pasir Besar,Gemas

Khyusuk tengok video sampai lupa orang ambil gambar

En Sajidin,jangan ler sampai garu kepala..soalan senang jer

Baju Kemeja Oren,Encik Khairuddin adalah pemenang Pengorek telinga terbanyak..tahniah !
 

Friday, November 1, 2013

Johan Ceramic Senawang

Kilang Johan Ceramic yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Senawang telah menjemput aku untuk mengendalikan Safety Awareness Training.