2hb Jun 2014 mencatit sejarah dalam hidupku..Kali pertama aku menjejakkan kaki di Negeri Dibawah Bayu,Sabah...Kali pertama juga aku menerima jemputan mengendalikan Latihan Kesedaran Dan Keselamatan Di Tempat Kerja (Safety Awareness Training at Workplace)di Ladang Pontian United Plantations,Lahat Datu,Sabah.
Seawal jam 9.00 pagi aku dah bersiap-siap ditemani En Ismail jiran rapat aku berangkat ke KLIA2 ..naik teksi ajer dari rumah..senang sikit.Flight aku dijadualkan pukul 1.00 tengahari dari KLIA2 ke Sandakan Sabah..
|
Mercu tanda Bandaraya Sandakan...Buaya Darat ??
|
Penerbangan mengambil masa hampir 3 jam dan selamat mendarat di Sandakan Airport lebihkurang jam 4 petang.Aku dijemput oleh pemandu Ladang PUP di hadapan airport untuk menghala ke ladang tersebut.
Aku meneruskan perjalanan dari Bandar Sandakan menaiki kenderaan pacuan 4 roda melalui Sepilok (Pemeliharaan Orang Utan terbesar di dunia),Check Point,Kinabatangan dan selamat sampai di Ladang PUP lebihkurang pukul 9.00 malam.Hampir 200 kilometer jarak perjalanan melalui laluan tersebut yang boleh menghubungkan Sandakan - Lahat Datu - Tawau - Kota Kinabalu...Laluan cukup mencabar dan pemandangan kiri kanan adalah penuh dengan hutan serta perkampungan penduduk.
|
Kemudahan tempat tinggal disini cukup lengkap.. |
|
Banglow - tempat penginapan selama 3 hari aku disana..Cukup selesa dan serba lengkap
|
Aku ditempatkan di sebuah Bunglow Pengurus yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seumpama sebuah hotel.Encik Awang selaku penghuni Banglow tersebut melayani aku sebagai tetamu istimewa.Terimakasih En Awang atas layanan istimewa yang diberikan.
3hb Jun 2014 (Selasa - Hari Kedua),aku menghadiri Majlis Perasmian Perlaksanaan QSHE (Quality Safety Health Environment) syarikat PUP.Program ini dihadiri oleh Tn Hj Daud Amatzin sendiri serta pihak Pengurusan tertinggi PUP,Pengurus Ladang terlibat serta kakitangan Ladang serta FGV yang berkaitan.
|
Sebahagian tetamu yang hadir
|
Terimakasih atas layanan istimewa yang diberikan oleh En Awang , Encik Tahang serta semua kakitangan PUP / FGV selama saya berada disana.Saya cukup teruja untuk datang lagi kesini kerana sambutan yang cukup hebat.