Friday, August 16, 2013

Sarawak Bumi Kenyalang..Buat Pertama Kali

Aku sebenarnya tidak menyangka dan agak terkejut kerana dijemput memberikan ceramah di Bumi Kenyalang...Buat kali pertama,Universiti Malaysia Sarawak menjemput aku pada 5 dan 6hb Oktober 2011..Terimakasih buat Khairuddin Hairan kawan karib aku ni yang memperkenalkan aku kepada Wan Harman (Owner De Marque Training Consultant) untuk aku menjadi penceramah keselamatan di UNIMAS,Kota Samarahan,Sarawak.


Sebenarnya ini kali pertama kali dalam hidup aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.Terimakasih buat Khairuddin yang memberikan kepercayaan buat aku mengendalikan Latihan Kesedaran Keselamatan kali ini...Terimakasih buat Wan Harman kerana memberikan peluang buat aku mengendalikan keseluruhan latihan selama dua hari,menyediakan makan minum aku serta tiket penerbangan pergi dan balik menaiki FireFly....Insyallah,aku akan tetap memberikan khidmat latihan terbaik..Moga korang berpuashati dengan cara latihan yang aku jalankan.Terimakasih buat kakitangan Unit Latihan UNIMAS..Puan Hanifa,En Jambri,Cik Habibah dan lain-lain yang banyak membantu sepanjang 2 hari aku berada di Bumi Kenyalang....paling best ,sudah tentu Mee Kolok di Petrajaya,Kuching...Terimakasih Jenal sebab membawa kami makan 'Mee Kolok' special....

No comments:

Post a Comment