Friday, August 16, 2013

Sarawak Bumi Kenyalang..Buat Pertama Kali

Aku sebenarnya tidak menyangka dan agak terkejut kerana dijemput memberikan ceramah di Bumi Kenyalang...Buat kali pertama,Universiti Malaysia Sarawak menjemput aku pada 5 dan 6hb Oktober 2011..Terimakasih buat Khairuddin Hairan kawan karib aku ni yang memperkenalkan aku kepada Wan Harman (Owner De Marque Training Consultant) untuk aku menjadi penceramah keselamatan di UNIMAS,Kota Samarahan,Sarawak.


Sebenarnya ini kali pertama kali dalam hidup aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.Terimakasih buat Khairuddin yang memberikan kepercayaan buat aku mengendalikan Latihan Kesedaran Keselamatan kali ini...Terimakasih buat Wan Harman kerana memberikan peluang buat aku mengendalikan keseluruhan latihan selama dua hari,menyediakan makan minum aku serta tiket penerbangan pergi dan balik menaiki FireFly....Insyallah,aku akan tetap memberikan khidmat latihan terbaik..Moga korang berpuashati dengan cara latihan yang aku jalankan.Terimakasih buat kakitangan Unit Latihan UNIMAS..Puan Hanifa,En Jambri,Cik Habibah dan lain-lain yang banyak membantu sepanjang 2 hari aku berada di Bumi Kenyalang....paling best ,sudah tentu Mee Kolok di Petrajaya,Kuching...Terimakasih Jenal sebab membawa kami makan 'Mee Kolok' special....

Wednesday, August 14, 2013

Safety Awareness Training-Jeng Huat Plantation

24.11.2011,aku dijemput oleh pihak Jeng Huat Plantations,Bahau,Negeri Sembilan untuk mengendalikan Safety Awareness Training.Terimakasih buat kawan karib aku...kerana memperkenalkan aku kepada syarikat perladangan ini..

Sebahagian peserta yang mendengar ceramah aku

Ramai pekerja syarikat ini pekerja warga asing yang memang kurang pendedahan tentang keselamatan di tempat kerja.

Apa yang aku diberitahu,datang ke ladang pun pakai selipar jepun jer..

Bergambar sebagai aktiviti wajib setiapkali abis training

Amoi ni menang hadiah sebab banyak dapat jawab soalan berkaitan keselamatan yang aku uji sepanjang latihan ini

Ceramtec Senawang Jemput Aku...


Pada 30.7.2011,aku telah mengendalikan safety training berkaitan Ergonomic dan Manual Handling untuk syarikat Ceramtec,Taman Tasik Jaya,Senawang,Seremban.Syarikat yang menghasilkan produk seramik untuk acuan pembuatan sarung tangan.
Sebahagian peserta tergelak tengok gambar tu..


 

Group Photo sebagai kenangan

Peserta terbaik aku berikan hadiah..



 

Hitachi Aircond Bangi

Tak sampai pun sebulan,Tanggal 22.3.2011,Khairuddin hubungi aku lagi untuk kendalikan Basic Chemical Training di syarikat Hitachi Aircond,Bangi.Kalau dia tak puashati dengan performance aku sebelum ini,tak mungkin dia minta aku kendalikan training ini.Maklumlah,aku bawak nama KBHMS dan tentunya dia memerlukan orang yang boleh menaikkan nama syarikat dia.Terimakasih Khairuddin atas kepercayaan yang kau berikan kepada aku..



Sebahagian peserta sedang menjawab soalan yang diberii
Group Photo-Happy Peserta dapat bersama mengikuti latihan kali ini
 

KBHMS - Terimakasih atas peluang yang diberi..

Tanggal 24hb Februari 2011,aku buat kali pertama dijemput oleh KBHMS (KBH Management Services) untuk mengendalikan Latihan berkaitan Basic Safe Chemical Handling di Kilang International Paper Packaging di Beranang,Selangor.Kali pertama aku mengajar di luar Negeri Sembilan.Terimakasih yang tidak terhingga buat sahabatku,Khairuddin Hairan yang memberikan penuh kepercayaan untuk aku mengendalikan latihan tersebut.Peluang sebegini sememangnya tidak aku lepaskan walaupun ini merupakan pengalaman terbaik buat aku meningkatkan kemahiran mengendalikan sesuatu latihan.
Walaupun kali pertama,tetapi sambutan terhadap latihan yang aku kendalikan mendapat sokongan semua peserta.
Sedang menyampaikan taklimat berkaitan asas mengendalikan bahan kimia di tempat kerja
 

 

Sunday, August 11, 2013

Kali Keempat Diberi Kepercayaan

Aku terus dijemput untuk kali keempat mengendalikan Training Safety Awareness untuk Belia India di Tafe Collegue pada 14.10.2009.Kali ini ramai peserta yang hadir dan aku merasakan bahawa aku perlu memberikan yang terbaik ...

 

Jemputan Untuk Kali Ketiga

Tak sangka,makin mendapat sambutan training yang aku kendalikan...Tafe Collegue Seremban merupakan dimana segalanya bermula...Terimakasih buat Mr Ellie & Ms Shanti kerana masih memberikan kepercayaan kepada aku untuk terus mengendalikan pelbagai training dibawah kelolaan SHEQ Management.

Peserta Training -Safe Chemical Handling yang aku kendalikan..semuanya enjoy !

Kali kedua dijemput lagi

Kejayaan !! tidak datang bergolek !..USAHA!USAHA!USAHA!....aku dijemput lagi buat kali kedua selang 10 hari selepas aku mengendalikan Training yang pertama.Peserta dari kumpulan yang lain tetapi topik yang sama iaitu 'Emergency Response Prepardness '...Terimakasih di atas kepercayaan yang diberikan dan semangat untuk menyampaikan training kali ini terus aku lipat gandakan...Aku diberitahu oleh peserta kumpulan pertama bahawa cara penyampaian aku sebelum ini cukup menghiburkan dan mereka cukup teruja dan mudah memahami cara aku mengendalikan training safety...Hihiii...aku dah ada peminat ?itu sebab kumpulan yang kedua ini berkobar-kobar menunggu kedatangan aku untuk mengendalikan kumpulan mereka pula...


Happy betul diorang ni bergambar dengan aku...

 

1st time jadi Safety Trainer di Tafe Collegue,Seremban

As Salam,
Aku sebenarnya tidak menyangka dijemput buat kali pertama mengendalikan Safety Training sebaik sahaja aku mendapat Green Book oleh pihak DOSH...Tarikh 19.8.2009 ..Aku dijemput oleh En Ellie dan Cik Shanti owner SHEQ Management untuk mengendalikan Training bertajuk 'Emergency Response and Prepardness' di Tafe Collegue,Sikamat,Seremban.Aku memang tak ada langsung pengalaman mengendalikan Public Training sebelum ini.Tapi,setelah diberi peluang untuk mengendalikan training kali pertama ini,aku menerima dengan tangan terbuka.Terimakasih Elang Kanan (Adik Ellie) yang 'rekomen' supaya abang dia memilih aku sebagai trainer jemputan pada waktu itu..Waktu itu,perasaan takut,gabra,risau memang ada sebab itu kali pertama aku jadi trainer..Kalu setakat briefing safety atau toolbox meeting kat tempat kerja,biasalah..tapi public training ni agak janggal sikit..maklumlah,khidmat kita 'dibayar'..so,kalu gagal,bermakna aku mungkin jadi trainer pertama dan terakhir untuk sessi permulaan ini...Persiapan dilakukan sebaik mungkin,handout dan material aku ambil dari nota-nota NIOSH semasa aku belajar SHO dulu dan sambil-sambil google topik Emergency Response & Prepardness...
Antara Student yang menghadiri Training yang aku kendalikan buat kali pertama pada 9hb Ogos 2009

 
 Walaupun kali pertama aku mengendalikan safety training ini,aku tidak menyangka peserta yang terdiri dari pelajar dibawah program "Train and Place' anjuran Kementerian Sumber Manusia ini cukup terhibur,memahami serta berminat mengikuti training topik yang aku sampaikan..Penilaian dari peserta pada akhir training tersebut memberikan hasil positif buat aku..Aku berjaya mengendalikan training tersebut dengan cemerlang dan mendapat kepercayaan dari pihak SHEQ Management.Walaupun kali pertama dan tanpa mengira keuntungan atau upah yang tinggi,penilaian terbaik dari peserta diakhir training tersebut membuatkan aku begitu gembira,teruja dan bersemangat untuk menjadi 'Safety Trainer Terbaik'....