Thursday, October 31, 2013

Train The Trainer

Train The Trainer (TTT)....inilah satu-satunya Training yang amat aku tunggu-tunggu..Maklumlah,training ini memberikan persijilan kepada bakal-bakal Trainer / Pengajar / Penceramah untuk menjadi seorang Trainer yang competent..TTT ini memberi peluang untuk peserta mengajar secara 'adult learner'...TNA (Training Need Analysis) serta 'Training Skill' (Kemahiran Mengajar) serta cara penyampaian (Presentation Skill).Aku berpeluang mengikuti TTT ini dan banyak membantu aku untuk menjadi seorang Pengajar atau Trainer yang terbaik.
 
Pengajar / Trainer kena berani berada di khalayak ramai

Pengajar ada 2 tujuan...Pertama dia mengajar..Kedua kena belajar
 
Pengajar mesti seorang yang berbakat sebagai penghibur..Kalau tidak,orang mengantuk
Ni sijil TTT (Train The Trainer) aku....
 Pengajar atau Trainer juga mesti ada bakat / talent.Aku sebenarnya agak kekok dan merasa malu ketika ingin bermula sebagai seorang Trainer.Maklumlah,samada di sekolah,di universiti atau dimana sahaja,aku memang tak ada memasuki kelas formal sebagai Trainer..Tetapi atas dasar 'Roy Boleh',aku terus menjadikan trainer ini sebagai suatu motivasi buat aku...
Kawan-kawan yang sama mengikuti Train the Trainer training..Tak sangka pulak aku punya 'Penggorek Telinga' menjadi rebutan semasa aktiviti Presentation Skill..semua berebut nak dapat hadiah sehingga sanggup panggil aku "Roy Handsome"....apapun,aku harap semua audience 'enjoy' dengan presentation aku...Terimakasih di atas sokongan rakan-rakan semua sepanjang 5 hari aku mengikuti Train The Trainer Course ini..This is 'Real Trainer'..
 
 

Saturday, October 26, 2013

Prosper Palm Oil Mill -Bahau

Buat kali pertamanya aku mendapat undangan mengendalikan Training Safety Awareness Training di Syarikat Proper Palm Oil Mill pada 19.10.13 (Sabtu).Kilang pengeluar minyak sawit ini beroperasi di Jalan Bandar Seri Jempol ke Keratong.Aku bergerak jam 6.45 pagi dari rumah di Seremban dan ditemani kali pertama oleh Ismanizam..sahabat sejati aku..Oleh kerana jam 9.00 pagi jadual untuk aku memulakan latihan di situ,jadi aku singgah di Medan Selera Bandar Seri Jempol untuk sarapan.Maklumlah,masa tu baru pukul 7.45 pagi..Selesai sarapan,aku berdua terus ke kilang tersebut yang jarak lebihkurang 10 kilometer saja dari Bandar Sei Jempol...Apabila sampai aku disambut oleh Pegawai Pentadbiran kilang tersebut..En Hafiz dan Puan Ina.Paling best,belum start training diaorag sediakan jamuan sarapan pagi dengan teh tarik.Aku dan Isma terus makan lagi walaupun perut masih padat.
Baju Hitam yang depan sekali ni ..En Hafiz...dia pemenang sebagai peserta terbaik training yang aku jalankan
Group photo..macam biasa sebagai bukti bahawa aku pernah membuat training safety disini..Aku tepi sekali pakai kemeja Pink dijemput bergambar bersama

Lepas abis training hari tersebut,aku dihidangkan pulak dengan hidangan Nasi Ayam Power...Terimakasih Buat semua kakitangan Prosper Palm Oil Mill Bahau atas layanan terbaekkk...Makan dapat,duit pun dapat...Terimakasih semua

Suntex Senawang

Kilang Suntex Senawang ni dah plan lebihkurang 2 bulan lalu....En Rosman,Manager Safety syarikat tersebut sudah beberapa kali plan untuk aku mengendalikan Safety Training ditempat mereka.Oleh kerana aku berangkat ke Korea pada 2-7hb Oktober 2013,so En Rosman  jemput aku untuk handle Training bertajuk Safe Manual Handling pada 10.10.13..terimakasih En Rosman.



Sebahagian peserta sessi pagi

Mereka cukup terhibur

Group Photo

JKF

JKF Industries yang beroperasi di Galla Industries Seremban menjemput aku memberikan Latihan Kesedaran Keselamatan di syarikatnya.Kali pertama aku mengendalikan latihan disini pada 6hb Ogos 2013.Latihan ini dikendalikan dalam bulan Ramadhan..Afiq anak aku temankan sebagai pembantu untuk buat kali pertama.Secara kebetulan dia cuti pada hari tersebut.

Peserta yang hadir cukup sporting dan happy dengan cara penyampaian aku.Aku sekadar penghibur.
Macam biasa..Group Photo
 

Unigloves Senawang

16.7.13-Aku mengendalikan Safety Awareness Training di Unigloves Senawang.Syukur Alhamdulilah sebab dalam Bulan Ramadhan pun masih ada lagi jemputan utk latihan keselamatan yang aku perolehi...Ada ler sikit duit raya tahun ni.Terimakasih buat Puan Zura yang menguruskan latihan kali ini.Tahniah sebab menang hadiah sebab banyak dapat jawab soalan yang saya kemukakan...Terimakasih..


Sebahagian peserta yang hadir..

saya sekadar penghibur

Add caption

TNB Janaelektrik Port Dickson

9.7.2013..TNB Janaelektrik Port Dickson menjemput aku mengendalikan Safe Manual Handling Training untuk kakitangan mereka.Sebenarnya aku pun tidak menjangka bahawa syarikat sebesar TNB memberi aku peluang untuk mengendalikan Latihan tersebut.Maklumlah,aku ni cuma sekadar penceramah biasa saja.Apapun,aku terus memberikan ceramah terbaik buat semua yang hadir.


Aku sedaya upaya menjadikan latihan aku sebagai hiburan


Evergreen Fiberboard-Nilai

Kali kedua aku dijemput ke Evergreen Fiberboard,Nilai untuk mengendalikan Training Safety Awareness pada..5.7.2013.Terimakasih buat Zakaria,SHO syarikat tersebut yang cukup berpuashati dengan training aku yang pertama kali dijalankan disini pada tahun lepas.

 

Ramai staff baru yg menyertai Training kali ini

Yang penting,semua happy dan terhibur dengan training yang aku kendalikan
 

Permanis Bangi

21.6.2013 - Permanis Bangi menjemput aku untuk menyampaikan Training berkaitan Effectiveness Safety Committee..terimakasih buat Amirul dan Hakimi yang memberikan peluang buat aku menyampaikan ceramah yang mereka adakan di IOI Mariott,Putrajaya...Best,jamuan tengahari dan minuman ringan yang cukup menyelerakan...



 

Perkayuan Fong Shum Batu Kikir

8.6.2013 aku mengajar di syarikat balak ini di Batu Kikir,Kuala Pilah..




 

Kim Hin Ceramic

Kim Hin Ceramic,syarikat yang beroperasi di Senawang menjemput aku untuk mengendalikan Safety Awareness Training untuk kakitangan pengeluaran mereka.Syarikat yang mengeluarkan produk Tiles / Lantai Ceramic ini buat kali pertama menjemput aku..
Dalam Kelas
Group Photo
 

Universiti Pertahanan Nasional

2.5.2013 - Aku dijemput buat kali pertama untuk student di Universiti Pertahanan Nasional,Sungai Besi,KL.



Bakal pegawai tentera....
 

EPE Switchgear Nilai

30.4.2013 - aku mengajar Safety Awareness at Workplace di EPE Switchgear yang beroperasi di Nilai.
Sebahagian peserta yang sedang memberi fokus
Group photo diakhir sessi latihan
 

CH Reiinforcing

Tanggal 27.4.2013,aku dijemput untuk mengendalikan syarikat berasaskan produk besi keluli yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Nilai.



 

Johnson Metthey,Nilai

28.3.2013,aku dijemput untuk menyampaikan Latihan bertajuk "Effectiveness Safety Committe" untuk syarikat Johnson Metthey,Kawasan Perindustrian Arab Malaysian,Nilai,Negeri Sembilan.Syarikat yang mengeluarkan komponen 'catalyst' berpengkalan di Europe telah memberi peluang buat aku menyampaikan latihan tersebut.



 
 

Perkayuan Sein Hing,Selaru,Kuala Pilah



16,3,2013,aku buat kali pertama dijemput untuk menyampaikan Latihan Kesedaran Ditempat Kerja di syarikat pengeluar kayu ini.Aku pun jarang ke lokasi 'Selaru' ini yang agak terpencil melalui jalan antara Kuala Pilah ke Tampin..Syarikat ini pulak majoriti pekerjanya berbangsa Cina yang jarang menerima latihan berkaitan keselamatan semasa mereka bekerja.majoriti pekerjanya kali pertama menghadiri latihan sebegini selama mereka berkhidmat di syarikat tersebut.Latihan mereka pun dibuat di dalam ruang pejabat pentadbiran syarikat mereka.Apapun,peserta yang hadir cukup gembira dengan latihan yang aku sampaikan.
Tekun mendengar taklimat aku
Diorang Cukup Sporting..terutama bila bergambar.. 

 

Mastrax,Batang Benar,Negeri Sembilan

Kali ini aku dijemput untuk memberikan Latihan Kesedaran Keselamatan di tempat kerja untuk pekerja di syarikat Mastrax,Batang Benar,Nilai,Negeri Sembilan.Syarikat yang beroperasi mengeluarkan produk 'Rail Slipper' atau Landasan Keretapi ini majoriti pekerjanya dari kaum India dan bekerja lebih 20 tahun di syarikat ini.Latihan ini dijemput oleh sahabat aku , En Feisol Ghani,CIMAH Competent Person yang memperkenalkan aku dengan boss syarikat ini.Untuk kali pertama,pekerja di sini cukup happy dengan latihan yang aku sampaikan.
Peserta tekun mendengar amanat aku..
Group photo di tepi landasan keretapi
 

Gah Hup Seng,Nilai

26.1.2013,selepas jemputan di Atlas Edible,Senawang jadual latihan aku diteruskan lagi di syarikat Gah Hup Seng ,Kawasan Perindustrian Arab Malaysian,Nilai,Negeri Sembilan.Syarikat ini mengeluarkan produk komponen motosikal untuk pelbagai model seperti Yamaha,Honda dan Suzuki.
Peserta Tekun menjawab soalan ujian yang aku berikan
Macam biasa..sebelum tamat latihan,group photo sessi tetap dijalankan
 

Atlas Edible - Kilang Ais

12.1.2013..pada tarikh hari lahir aku pada hari tersebut aku dijemput untuk menyampaikan latihan kesedaran Keselamatan di tempat kerja oleh kilang Ais,Atlas Edible,Senawang.Mr Johnson , Safety Incharger kilang ais tu menjemput aku untuk menyampaikan latihan untuk staff diaorang bagi tempoh setengah hari..
Group Photo selepas selesai training

Brother ni pemenang utuk sessi uji kepintaran yang aku jalankan sepanjang latihan.Tahniah Bro
 

Friday, October 25, 2013

FFM Port Dickson

10.10.2012,aku mengajar Safety Awareness Training di FFM,Sua Betong,Port Dickson