Sunday, August 23, 2015

Soewon Precision Glass


Kali pertama aku mengendalikan safety Awareness Training di syarikat yang berpengkalan di Korea Selatan ini.Syarikat Soewon ini beroperasi di kawasan Perindustrian Chembong,Rembau,Negeri Sembilan.Latihan berkaitan Safety Awareness telah aku kendalikan pada 12hb Ogos 2015 dan Latihan Rawatan Kecemasan (First Aid Training) berlangsung pada 19hb Ogos 2015.







Friday, August 21, 2015

Schmidt Clemens (Asia) Sdn Bhd - Terimakasih atas kepercayaan

Syarikat yang berpengkalan di German ini menjemput aku untuk mengendalikan beberapa siri Latihan Keselamatan untuk pekerja mereka.Syarikat yang beroperasi di Sendayan Tech Valley , Seremban ini merupakan syarikat pengeluar paip gas.Aku mengendalikan Latihan berkaitan LEV -Local Exzos Ventilation pada 25hb Julai 2015,Overhead Crane pada 26hb Julai dan akhir sekali Safety Awareness Training pada 28hb Julai 2015..terimakasih buat semua peserta yang hadir memberikan fokus berkaitan keselamatan semasa bekerja.





Wednesday, July 22, 2015

C-Pak Cergas - 24.7.2015

Selepas bercuti raya tahun ini,aku sambung lagi projek training aku di C-Pak Cergas,Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan..
Kali pertama aku dipanggil untuk mengendalikan Accident Prevention Training pada 24.7.2015..seramai 25 peserta terlibat dalam latihan tersebut bertajuk Accident Prevention,Investigation and Reporting.






Tuesday, July 14, 2015

Sika Kimia Nilai (14.7.2015)

Syukur Alhamdulilah,dalam bulan Ramadhan tahun ini yang tinggal beberapa hari lagi masih ada jemputan untuk aku mengendalikan Safety Awareness Training.Kali ini aku dipanggil untuk mengendalikan latihan tersebut di syarikat Sika Kimia,Kawasan Perindustrian Nilai..Terimakasih atas jemputan dan terimakasih banyak-banyak sebab terus dapat bayaran selepas habis training pada hari tersebut..Alhamdulilah,dapat juga duit raya ...

Seronok nampak?



Penghulu Kelas - En Amin


Group photo


Thursday, July 2, 2015

Infastech - Machine Guarding (26.6.2015)

Berlangsung pada 26.6.2015 berkaitan Machine Guarding - safe handling during operation adalah tajuk yang disampaikan pada training kali ini.







UG Medical Disposables - Safety Awareness Training (15.6.2015)

Syarikat ini mengeleluarkan produk untuk kegunaan perubatan di hospital dan klinik..kali pertama aku mengendalikan training safety disini yang beroperasi di Senawang Light Industry area..
tekun mendengar ..

Sebahagian peserta yang hadir
Sharing safety info
Moga ianya menjadi suatu sessi perkongsian agar tidak berlaku kemalangan ditempat kerja

Heveaboard Gemas - Noise Monitoring & Hearing Conversation (3.6.2015)

Kali kedua aku dipanggil untuk mengendalikan safety training di tempat yang sama iaitu Heveaboard,Gemas..sebelum ini berkaitan Safe Chemical Handling,tapi kali ini diorang mintak handle Noise Monitoring & Hearing Conversation Training selama sehari.Terimakasih buat pihak Heveaboard Gemas kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk conduct sessi training ini..
Company Heveaboard ini cukup terkenal di Gemas dan antara kilang pengeluaran berasaskan kayu yang cukup popular daerah kecil Gemas.
Seperti biasa,aku mengendalikan training ini menitik beratkan soal keselamatan terhadap pekerja yang terdedah dengan bunyi bising..Apa yang penting,mereka yang sentiasa terdedah dengan bunyi bising perlu hadir mengikuti training ini.Sekurang-kurangnya mereka memahami lebih mendalam soal 'prevention'.

Alamak.....gambar tak der..uhhhhh