Thursday, March 19, 2015

Emergency Response Management Training - TNB Jana Elektrik,PD-23 & 24hb Mac 2015

Kali kedua aku dijemput oleh pihak TNB Janaelektrik Tuanku Jaafar,Port Dickson untuk mengendalikan 2 hari training berkaitan Emergency Response Management..Berlangsung pada 23 & 24hb Mac 2015 di Klana Resort,Seremban.Seramai 25 orang kakitangan dari agensi tersebut menyertai latihan yang aku kendalikan itu.
Kalau ikut rekod,aku pernah mengajar untuk staff TNB Janaelektrik ini pada sekitar tahun 2013 berkaitan topik Ergonomik di tempat kerja mereka di Port Dickson..tapi kali ini,latihan dijalankan di Resort..baru best..





Monday, March 2, 2015

Politeknik Port Dickson - Safety Awareness Talk-7.3.2015

Seperti biasa,Ikut jadual,aku akan memberikan ceramah Safety Awareness Training berkaitan OSHA (Occupational Safety Health Act) untuk student Politeknik Port Dickson pada Sabtu,7.3.2015...Terimakasih buat pengurusan Politeknik Port Dickson kerana sudi menjemput aku buat kali kedua mengendalikan ceramah ini..Tahniah kerana pengurusan Politeknik Port Dickson mengamalkan budaya kerja selamat buat semua student mereka diperingkat awal lagi sebelum mereka memasuki alam pekerjaan...
Seramai 140 orang student dari Fakulti Elektrik Politeknik Port Dickson telah hadir sessi ceramah yang aku sampaikan pada hari tersebut..
Diorang enjoy...

Pastikan enjoy + faham

Berkongsi ilmu

Tumpuan kepada topik safety

Berkongsi maklumat

Penerangan berkaitan safety at workplace

Perlu jelas untuk pengetahuan semua

Moga ilmu dapat disampaikan

Memberikan yang terbaik

Moga dapat dimenafaat


Sharing is caring..safety first


United Melaka Berhad,Kemayan Pahang-2hb Mac 2015

Aku dijemput buat kali pertama mengendalikan Latihan Kesedaran Terhadap Keselamatan Di Tempat Kerja di Ladang United Melaka,Berhad..walaupun nama Melaka,tapi ladang kelapa sawit ini terletak di Kemayan,Pahang Darul Makmur..Aku dijemput mengendalikan latihan ini oleh Encik Noorkhairi Mahmud,Mill Manager kilang sawit ladang ini..Aku kenal En Noorkhairi ini sejak 2 tahun lalu semasa beliau menjadi pengurus Ladang TH Plantations,Gemas,Negeri Sembilan..Terimakasih En Noorkhairi kerana sudi menjemput aku lagi walaupun beliau sekarang berpindah di syarikat baru,United Melaka Berhad..
Seawal jam 6.30 pagi,aku dah keluar dari rumah untuk ke Pekan Kecil Kemayan yang jaraknya lebihkurang 100km dari Seremban...Sampai sahaja di Pekan Kemayan,aku terus call En Noorkhairi..beliau memberikan panduan laluan untuk terus menuju ke Ladang United Melaka Berhad...lebihkurang 15 minit untuk ke ladang tersebut dari Pekan Kemayan..Jalan menghala ke ladang tersebut cukup cantik dan terbaik dengan berturap sehingga ke pejabat ladang tersebut..satu-satunya ladang yang aku kira cukup lengkap dengan insfrastruktur dan kemudahan yang cukup baik...
Memulakan sessi pagi
Latihan dijalankan dalam keadaan santai serta mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari peserta

Dihadiri oleh peserta dari pelbagai peringkat organisasi
Aku sekadar menyampaikan maklumat berkaitan Safety Awareness at Workplace...mereka perlu melaksanakan ditempat kerja agar menhadi suatu budaya untuk meningkatkan tahap keselamatan untuk diri mereka sendiri..
Mereka terdiri dari safety committee
Sessi latihan perlu dijalankan dalam keadaan peserta sentiasa memberikan komitmen,fokus dan tidak terlalu boring..

Pengetahuan berkaitan OSH dari peserta adalah cukup memuaskan
Aku menyampaikan latihan menggunakan konsep 'adult learner' dan two way communication...latihan perlu menjadikan aktiviti sentiasa mendapat sambutan dari peserta.
Mereka memberikan fokus sepanjang latihan berlangsung
Moga peserta enjoy dengan cara penyampaian aku..Aku pun bukannya orang yang sempurna..Sekiranya ada kekurangan,aku mohon maaf..Ingat ! aku ingin menghiburkan anda semua..Itu matlamat aku untuk datang ke tempat anda...Sentiasa amalkan 'Budaya Kerja Selamat" dimana jua anda berada....
Group Photo sebagai tanda kenangan..
Aku mengharapkan agar ada kesinambungan dalam perkongsian ilmu berkaitan keselamatan.Safety bukan hanya sekadar atas kertas,tetapi ianya perlu dilaksanakan...Semua pihak perlu bekerjasama samada pihak majikan,pekerja serta AJK Keselamatan Syarikat....Pujian aku ingin sampaikan kepada syarikat ini kerana mereka mempunyai Ambulance sendiri..Jarang aku lihat syarikat lain mempunyai kemudahan ambulance seperti ini..Tahniah United Melaka Berhad kerana mengamalkan konsep "Prevention Is Better Than Cure"..